Iya. Saya faham. Cuti sekolah kali ni ramai yg naik pelamin. Mmg ramai.
Arakian kerana hal itu byk2 benda2 dan hal2 berkaitan terbabit sama.
Yang kene apply cuti. kene p 2-3 venue sekali gus...err argue jap nak p yg mana dulu. Dah tak boleh p umah makngah ikut jln biasa kene ikut jalan lain sbb dah-no-entry-khemah-kat-tgh-jalan. Peniaga kain sgt seronok sbb sekarang tema kat Msia, baju dah kira beli pakai kayu, yelah nak sama tema dan baju...so keluarga belah ini akan pakai baju yang sama jer... canner lah tu bila dah basuh nak bezakan mana satu yer...
OK2... itu sebenarnya satu 'cultural' di M'sia. Meriah sebenarnya. Tradisi kita dah semakin dinamik. Bagus.
Sebenarnya bukan tu entry hari ini. Cuma nak cerita kerana kenduri dan cuti sekolah ni, byk lah kedai dan gerai2 kegemaran saya x beroperasi. Cuti. P pasar mlm fav kami sekeluarga (semualah org Pandan dan Kepong pun suka), byk kedai cuti - donut dan cakoi, kuih makcik sombong tapi sedap, makcik pecal dan makcik yg satenya lebih sedap dr sate yg femes itu.
Sgt susah nak makan, sbb selalunya kalau lapar, ada pasar malam, kehidupan kami amat mudah...huhuu. sekarang?? kenelah masak sendiri.
Lagi satu, cerita bkan pasal pasar malam. Cerita pasar malam dah abis. Nak dinner kat satu gerai ni, yg nasi goreng kgnya sgt sedap. So pergi. Sekali lagi kekecewaan melanda. Takpa2, sbb perut lapar, redah je mana2 gerai yg bukak. Order yg sama nasi goreng kampung.
Saya benar2 kecewa kerana nasi goreng itu sgt x sedap melebihi rate negatif 5. Sgt tak sedap dan mahal pula.
Sgt sedih kerana org berniaga begini, nak duit saja. Naik nya dah lar kosong dan plain dan dull, x de sayur, ikan bilis yg kalau dikunyah esok pun x tentu hancur dan rasa yg......eeeii sgt x ikhlas nak berniaga... x suka taw!!
sudahnya balik, masak gak nasik dan goreng juga nasi goreng kampung. puas hati!